Monday, July 18, 2011

Otitis Media

PENGENALAN

Otitis media adalah jangkitan telinga tengah iaitu berada di belakang timpanum. Ia berlaku apabila tiub Eustachio yang menyambungkan telinga ke hidung disekat dengan cecair. Apabila berlakunya jangkitan, mukus dan nanah boleh terhasil dan seterusnya menyebabkan tekanan dan kesakitan pada telinga. Pada kebiasaanya otitis media berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Hal ini kerana tiub Eustachio pada kanak-kanak lebih sempit dan pendek daripada orang dewasa dan ini akan menyebabkan bendalir mudah terperangkap dalam telinga tengah.

Secara amnya, terdapat dua jenis jangkitan yang utama pada telinga tengah iaitu otitis media akut (AOM) dan otitis media kronik. Otitis media akut biasanya berlaku dengan permulaan yang cepat dan tempoh yang singkat. Otitis media akut biasanya dikaitkan dengan pengumpulan bendalir di telinga tengah bersama-sama dengan tanda-tanda atau gejala jangkitan telinga. Antara cirri-cirinya ialah gegendang telinga membonjol dan disertai dengan kesakitan. Selain itu timpanic membrane pesakit tersebut berkemungkinan berlubang disertai dengan cecair nanah dan seterusnya boleh mengakibatkan demam.

Otitis media yang kronik adalah radang yang berlaku secara berterusan di bahagian telinga tengah. Pada kebiasanya pesakit akan mengalami radang telinga sekurang-kurangnya selama sebulan dan ini adalah merupakan perbezaan otitis media kronik dengan otitis media akut yang biasanya berlangsung hanya beberapa minggu. Berikutan jangkitan akut, bendalir telinga boleh kekal di belakang gegendang telinga (timpanic membrane) sehingga tiga bulan sebelum mendapat rawatan. Otitis media yang kronik pula boleh berkembang selepas tempoh masa yang lama dengan bendalir atau tekanan negatif di belakang gegendang telinga. Otitis media yang kronik boleh menyebabkan kerosakan yang berterusan ke atas telinga tengah dan gegendang telinga serta boleh menyebabkan cecair tadi melepasi gegendang telinga dan mengakibatkan pesakit mengalami hilang pendengaran.

PENYATAAN MASALAH

Aduan Utama : Sakit secara tiba-tiba di bahagian telinga kiri disertai dengan discaj kekuningan ×3/7

Ciri-ciri klinikal : 1. Tenderness

2. Sakit ditelinga kiri

3. Gatal-gatal dibahagian telinga kiri

4. vertigo

5. Tinnitus

6. Yellowish discharge

Pemeriksaan Fizikal:

1. Pemeriksaan am dan tanda-tanda vital

· Hydration : good

· Tidak pucat

· Tekanan darah : 120/73

· Nadi : 98/ minit

· Suhu : 37.6 C

· Kadar Pernafasan : 20/minit

2.


nanah

Timpanum kiri Timpanum kanan

· Discaj kekuningan Tiada sebarang masalah

· Small central perforated tympanum

· Middle ear – kering

· Mengalami kekurangan deria pendengaran

Rawatan :

· Investigasi

1. Throat swab culture – streptococcus type A,G and G tress

2. Ujian darah FBC

· Ear toilet dilakukan pada telinga kiri

· Tab paracetamol

· Sofradex ear drop

· Tab Loratidine

· Tab Cifuroxime

PENCARIAN LITERATURE

Menurut Steven D. Ehrlich (2009) otitis media berlaku sebanyak 75% dari semua kanak-kanak. Ia paling biasa berlaku di antara umur 6 - 11 bulan. Menurut kajian, 60% daripada kanak-kanak yang berumur setahun akan mempunyai sekurang-kurangnya satu episod otitis media dan 17% akan mempunyai 3 atau lebih episod. Otitis media biasanya sembuh sendiri. Walaupun ia adalah perkara biasa bagi doktor untuk memberi antibiotik kepada kanak-kanak yang menghidapi otitis media, kini garis panduan dari Pakar Kanak-kanak Akademi Amerika mencadangkan supaya pemantauan dilakukan bagi untuk 72 jam pertama.

Senario di Malaysia tidak jauh berbeza. Menurut Ketua Jabatan Pengurusan Maklumat Kesihatan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Madya Dr Saperi Sulong, berdasarkan laporan Teknologi Penilaian Kesihatan Malaysia 2008 (MaHTAS) di bawah program perubatan Kementerian Kesihatan, setiap tahun sebanyak 500,000 kes otitis media berlaku di kalangan kanak-kanak berumur kurang dua tahun. Daripada jumlah itu 13.8 peratus membabitkan kanak-kanak prasekolah dengan 18 peratus kes dicatatkan di bandar dan 9.5 peratus di luar Bandar. Kira-kira 50 peratus kes jangkitan disebabkan bakteria pneumokokus dan dianggarkan 75 peratus kanak-kanak mengalami sekurang-kurangnya sekali jangkitan menjelang umur tiga tahun.

Menurut Ketua Jabatan Otorinolaringologi, Pusat Perubatan St Luke di Filipina, Dr Gretchen Locsin berkata, otitis media boleh disebabkan jangkitan bakteria atau virus. Bahagian telinga yang dijangkiti akan membengkak dan cecair boleh berkumpul di belakang gegendang telinga. Ini menyebabkan telinga menjadi sakit, malah kanak-kanak boleh demam kerana jangkitan ini. Otitis media biasanya disebabkan bakteria dan berlaku selepas kanak-kanak mengalami sakit tekak atau lain-lain jangkitan saluran pernafasan atas; dan bakteria ini boleh merebak ke telinga tengah. Jika jangkitan saluran pernafasan atas disebabkan oleh virus (contohnya selesema atau flu), bakteria juga boleh menjangkiti kanak-kanak berkenaan dan menyebabkan otitis media. Keadaan ini dipanggil jangkitan sekunder dan ia juga akan menyebabkan pengumpulan cecair di belakang gegendang telinga.

Menurut Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak, Dr Amir Izwan Mohamed Dahan, setiap kanak-kanak berisiko mengalami otitis media sejak berusia beberapa bulan hingga sembilan tahun. Walaupun orang dewasa juga berhadapan masalah otitis media tetapi kanak-kanak lebih kerap menghidapinya kerana sistem ketahanan tubuh masih rendah dan tiub eustachian kanak-kanak (tiub yang menghubungkan bahagian atas tekak ke telinga tengah) pendek dan lurus berbanding orang dewasa.

Menurut Steven D. Ehrlich (2009), matlamat untuk merawat otitis media termasuk menyembuhkan jangkitan, melegakan kesakitan serta mengelak daripada berlakunya kes berulang. Jika jangkitan bakteria, doktor akan memberikan antibiotik kepada pesakit tersebut. Walau bagaimanapun, kebanyakan kes otitis media boleh pulih dengan sendirinya. Satu kajian dilakukan oleh American Acedamy of Physician mendapati bahawa dengan mengambil antibiotik, pesakit tersebut mengambil masa selama 3 hingga 7 hari untuk sembuh.

PENEMUAN

Faktor risiko dan tanda-tanda otitis media.

1. Faktor risiko
Ada beberapa faktor risiko utama otitis media iaitu:

· Umur — Kanak-kanak berumur enam hingga 18 bulan paling mudah mendapat jangkitan telinga. Masalah jangkitan telinga adalah masalah biasa bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur empat bulan hingga empat tahun

· Kanak-kanak ditempatkan dalam kumpulan besar seperti di pusat jagaan harian lebih mudah diserang selesema berbanding yang dijaga di rumah. Oleh itu mereka lebih mudah mendapat jangkitan telinga

· Terdedah pada asap rokok atau dibesarkan dalam persekitaran dengan kualiti udara rendah. Kanak-kanak yang terdedah kepada udara mengandungi asap rokok atau tercemar mempunyai risiko lebih tinggi mengalami jangkitan

· Kerap mendapat jangkitan saluran pernafasan atas (contohnya selesema dan flu)

· Gaya hidup seseorang itu dan pengamalan kebersihan diri yang teruk mendorong kepada berlakunya jangkitan telinga. Selain itu, jika teradapat seorang dalam ahli keluarga yang mengalami jangkitan telinga, ia berpotensi besar untuk menjangkiti ahli keluarga yang lain.

· Posisi badan ketika disusukan. Bayi yang menyusu dari botol sambil berbaring dikatakan lebih mudah mendapat jangkitan berbanding bayi yang menyusu dalam kedudukan badan tegak atau kedudukan kepala lebih tinggi daripada badan.



2. Tanda
Oleh kerana kebanyakan kes berlaku pada kanak-kanak kecil yang belum tahu mengadu, ibu bapa perlu memberi lebih perhatian kepada tanda ditunjukkan anak seperti:

· Anak menarik-narik telinganya

· Anak menjadi cerewet dan kerap menangis

· Anak sukar tidur

· Anak enggan makan

· Demam (terutama bayi dan kanak-kanak kecil)

· Ada cecair meleleh daripada telinga

· Anak mengalami masalah keseimbangan

· Anak mengalami masalah pendengaran atau lambat bertindak balas terhadap bunyi perlahan.

PERBINCANGAN

Rawatan Otitis Media


Oleh kerana otitis media boleh menyebabkan pelbagai masalah, rawatan segera perlu diberi. Biasanya doktor akan memberikan antibiotik untuk satu jangka masa pendek, terutama jika kanak-kanak masih kecil dan tidak sihat. Selepas mendapat jangkitan telinga, bahagian tengah telinga pesakit mungkin mengandungi cecair selama beberapa minggu.

Dalam tempoh ini pesakit akan mengalami sedikit masalah pendengaran dan cecair dalam telinganya akan hilang dalam masa dua bulan. Jika pesakit masih menunjukkan gejala keresahan dan tidak mendengar dengan baik, bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Ini kerana kanak-kanak boleh mendapat beberapa kali jangkitan telinga dalam masa setahun. Bagaimanapun, jika masalah tidak berkurang selepas beberapa kali berjumpa doktor keluarga, minta supaya anak anda dirujukkan kepada pakar kanak-kanak atau pakar telinga.

Seperkara yang ibu bapa perlu ingat ialah, bukan semua pesakit otitis media memerlukan antibiotik. Doktor akan membuat pertimbangan sama ada anak anda memerlukannya atau tidak, dan jika tidak diberi, jangan meminta kerana antibiotik tidak berguna jika masalah disebabkan jangkitan virus.
Dalam keadaan tertentu, antibiotik tidak berkesan, doktor mungkin memasukkan tiub kecil pada telinga anak bagi membolehkan cecair yang terperangkap di belakang gegendang mengalir keluar.

Ibu bapa tidak perlu bimbang kerana tiub ini akan keluar sendiri selepas satu tempoh dan gegendang telinga yang berlubang (kesan cucukan tiub) akan sembuh dan tertutup kembali. Pendengaran anak juga akan kembali normal. Masalah dihadapi sekarang ialah penggunaan antibiotik berlebihan. Sangat dikhuatiri ia meningkatkan daya ketahanan bakteria terhadap antibiotik dan ini membolehkan pesakit memerlukan antibiotik lebih kuat untuk melawan jangkitan bakteria.Bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, jangkitan telinga berhenti apabila kanak-kanak membesar dan mereka mempunyai pendengaran baik. Namun kaedah paling baik ialah mencegah jangkitan daripada berlaku.

CADANGAN

Mencegah otitis media boleh mengurangkan masalah penghasilan bakteria yang mempunyai daya ketahanan tinggi terhadap antibiotik dan mengurangkan beban ibu bapa yang bertambah seperti contohnya daripada segi pengambilan cuti untuk menjaga anak sakit dan kos rawatan. Menurut Perunding Paediatrik Pusat Perubatan Selangor, Datuk Dr Zulkifli Ismail, apabila seorang anak mendapat jangkitan telinga, dia perlu diasingkan daripada anak lain, terutama yang lebih kecil, hinggalah demamnya reda bagi mengelakkan daripada menjangkiti yang lain.

Beberapa cara boleh dilakukan untuk mencegah jangkitan telinga seperti:

· Elakkan daripada melakukan ear toilet dengan menggunakan cotton bud sendiri di rumah bagi mengelakkan daripada berlakunya jangkitan telinga yang lebih teruk.

· Jaga kebersihan telinga dan elakkan daripada termasuk bendasing seperti air dan sebagainya.

· Membawa anak mendapatkan suntikan vaksin. Doktor akan mencadangkan jenis vaksin yang boleh mencegah jangkitan telinga seperti vaksin untuk pneumokokal. Walaupun ia tidak memberi perlindungan 100 peratus, vaksin sangat berkesaan mencegah jangkitan, terutama bagi serotype virus atau bakteria yang terkandung dalam vaksin berkenaan. Malah, ia penting untuk mengurangkan komplikasi teruk akibat jangkitan pneumokokal.

· Memberikan vaksin mencegah selsema juga dianggap langkah baik kerana risiko mendapat otitis media meningkat jika kerap mengalami jangkitan saluran pernafasan.

· Basuh tangan sekerap mungkin untuk mencegah pemindahan bakteria atau virus kepada anak

· Berikan susu badan secara eksklusif sekurang-kurangnya selama enam bulan dan elakkan anak menyusu sambil berbaring.

· Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak merokok didalam rumah. Banyak kajian menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa perokok lebih kerap mengalami jangkitan telinga.

· Lakukan pengasingan kepada kanak-kanak yang mengalami jangkitan pernafasan dan jangkitan telinga kerana ia mudah untuk menjangkiti kanak-kanak lain.


Monday, July 11, 2011

7 sebab suami benci isteri...


Daripada Dato' Fazilah Kamsah...

C1. CABAR

Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JGN CABAR
SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata ...


C2. CABUL

Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua ...


C3. CELUPAR

Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...


C4. COMOT

Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak yg comel2 aje ... Ade isteri kata - mekap untuk
suami, ... tapi kat rumah tak mekap pun ...


C5. CEMBURU

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami
balik lewat overtime dah syak yg bukan2 ...


C6. CEREWET

Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat


C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai... Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak...
anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...


7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ... Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa & lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ci
ri2 7C tu ...

Saturday, July 9, 2011

MuNajaT cINta...

Malam ini, ku sendiri,
tak ada yang, menemani,
seperti malam-malam,
yang sudah, sudah

Hati ini, selalu sepi,
tak ada yang, menghiasi,
seperti cinta ini,
yang s’lalu, pupus

Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang, baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya

Mawar ini, semakin layu,
tak ada yang, memiliki,
seperti, aku ini,
semakin, pupus

Friday, July 8, 2011

Malaysia Online Personalized Gift Store - HeartBeat.my

Malaysia Online Personalized Gift Store - HeartBeat.my

PerCintaan AkU Rosak AkiBat Mu.....

aqu : "nama en apa??"..
En : "Percintaan Aku Rosak Akibat Mu...."
aqu : dlm hati aku... "mnde la en nie.. btul ke x?"...
then.. puas ak n mmbe ak pk.. ap nme en yg ad dpn ak nie.. nk kte ad mslh mntl.. mustahil.. puas ktwg tke.. huhu.. then tetbe membe ak ckp.. "PARAM"!!...
owh... rpe2nye... Percintaan Aku Rosak Akibat Mu = PARAM...
aqu : "mmmm.. hbt en nie.. bkn clg2 owg nie..." (dlm hati)
en : "awk smua thn brape"
aqu : "thn akhir"
en : "owh klu cmtu.. bley la sye tny soklan... sye nk tnye 3 soklan.. soklan tahun 1, thn 2, n tahun 3....
aqu : "adei... nk tnye soklan la plk..."(dlm hati).. "huhu bley jew".. tnye la..
dpndekkan citer...kmi da mnjwb smua soklan... huhu
en : "mmmm... awk brdua nie msti akn kwen awl drpd yg dua nie"..
aqu : "ha.. sda...(dlm atie).. n tgk mke kwn ak..."bia btul en nie.. xkn ley bce owg lak" (dlm atiE) "huhu.. mne ad la en.." cover line...
en : "awk ni da ad bf tp ad yg len2 g mnt.. n awk still je ngn bf awk..."
en : "ad sstgh gurl klu stress ske mkn.. mkn mkn rngn, coklat n lain2"....
aqu : "hish.. ilmu ap owg nie ad nie" (dlm hati)
dipendekkn citer.. ap yg en 'Percintaan Aku Rosak Akibat Mu' ckpkn ad kaitan ngn ak n membe2 aku.. huhu.. plik2.. tp.. en tu bek.. byk brtnye soklan ilmiah n bg nsht.. nasihat sowg ayh kpd ank prmpuannya.. sweet sgt...
en : ok lah.. sye g dlu.. hari jmaat nie kte jmpe g kt tmpt nie n tyme cmnie... n stiap kali sye trjmpe awk.. sye akn tnye stu soklan.. ok.. gud luck"
aqu : "ok"...
blik tu aku asyik tpk je... cne encik ley tahu sal ak n mmbe ak.. bhye tol... tp.. en tu bek.. byk bg nsht.. hope jmpe g ye en PARAM....

Sunday, July 3, 2011

(^,^ ")

huhu.. sekian lama da x online.. bb (modem) ksygn lak rsk... huhu.. anyway... skrng da msuk sem 6... wawawa.. x sbr nk abiskan blaja.. nk cbe hdp baru lak... hope sem nie lbh baik drpd yg lps2.. amin....

Monday, May 2, 2011

eXaM oH eXam!!

'akak.. exam da nk dkt.. akak da study?'.. hUhu.. 'on the way mama'... hoho studykah ak?? ye kot.. huhu mls kowt nk sntuh buku.. huhu exm da nk dkt.. mggu dpn je pon.. ble nk sdr nth.. ngee.. xpe.. t ak study la.. ak byk tggung hrapan owg woo.. huhu.. hrpan mama, ayah, lec, my pinky n my ganu mummy.. ^,^ huhu byk tu... luv them.. nk jd owg bek n brgne.. tinggi tol cite2 ak.. tp, pmalas.. cne.. huhu hope, korang doakan kejayaan ak ea... daa...