Thursday, April 21, 2011

untuk wanita...





~ Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

~ Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.

~ Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

~ Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.

~ Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.

~ Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

~ Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.

~ Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia! dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

~ Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa

yang tidak mempunyai masa depan.

~ Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata

yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

~ Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat.

Wednesday, April 20, 2011

owh en Z...




hukhuk3.. ble trkngkan smalam.. lwk sgt.. ak di buli kaw2 pnye.. waaa jht tol snior2 MA kt ctu... ad ke ptt dye tkot2kn ak pastu check aknye pulse n spO2.. sure la pulse ak taki.. yg xley blah spO2 ak lak 85.. waaa.. jht... mnci en Z tu.. dyer glkkn ak n ckp ak mnt kt kwn dye.. tlg la... kjm gler buli ak smpai cmtu.. huhu malu sgt.. mmg xptut.. kjm gler.. smua owg glak kt ak.. mrh padm ha muke.. huhu pape pon smua nie msti akn jd kngn yg xmgkin dpt da pas nie.. huhu thnks senior2.. owh enZ, sbnrnye, sye tkotkn kmu.. bkn skekn kwn kmu.. adeiii...

Tuesday, April 12, 2011

A&E at HPSF...


huhu.. hari nie scnd day ak kt A&E HPSF.. syif ptg.. bez sgt dpt pluang ad kt cnie.. n yg pling bez rzeki ak mrh hari nie.. dpt g ambulance call 4 kali.. bez.. mcm2 pngalmn yg dpt.. thnkz sgt kt staf2 HPSF yg byk mmbntu n mngajar ak yg agk lurus n bngp nie.. ^,^.. ha, korng nk tw.. first ambulnce call yg ak g.. ak jd krs cm ptng.. hoho lwk gler ble dikng.. xbrckp spth pon, da mcm owg bisu ha.. nseb bek staf yg ikt ak bek.. klu yg otai nye.. mati ak kne maki.. kngn2.. nth la mcm ne ak keje nnt.. btul ke plihn ak nie nk jd PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN nie...weee... luv this profession... hope.. ak dpt byk blaja kt cnie.. sem dpn klu ak kne buang kt seremban pon xpela.. ilmu da pnuh di dada... ^,^...

Friday, April 8, 2011

bArAnGaN T!RuAn...



dunia sekarang telah dilimpahi dengan pelbagai jenis brg daripada China.. yang ditakuti sekrng ialah negara China sememangnya sinonim dgn brgn tiruan.. pling menakutkan ialah bhn mknn tiruan yg mmbahayakan kshtan para pngguna..

ada satu cara dimana untk mngenalpasti brng 'made in China'.. caranya ialah melalui teknik barcode. utk pngetahuan semua, smua brg yg dihasilkan di mana-mana ngara tlh pun ditetapkan kod pngeluarannya. smua barangan drpd China ialah bermula dgn 3 digit ini iaitu 690,691,692.. smua yg dimulakan dgn 3digit kod ini adlh brngan 'made in china'..

berikut disenaraikan bbrapa ngara dan barcode yang digunakan bg produk kluaran mreka..

690-692 = made in china
00-09 = made in USA & canada
30-37 = made in france
40-44 = made in germany
49 = made in japan
50 = made in UK

Wednesday, April 6, 2011

aPa iTu aDeNoViruS ???

Adenovirus dikatakan sekumpulan virus yang berasal dari kelenjar Adenoid dalam kepala berdekatan rongga hidung yang berfungsi melindungi serangan penyakit, tetapi boleh menyebabkan jangkitan pada lapisan tisu saluran pernafasan, mata, usus dan saluran kencing.

Jangkitan Adenovirus biasanya menyebabkan penyakit membabitkan sistem pernafasan, namun ia juga boleh menyebabkan cirit birit, jangkitan selaput mata, jangkitan usus dan ruam serta masalah pernafasan akut (ARD).


Pengamal perubatan, Dr S Thiru, berkata Adenovirus yang tersebar melalui rembesan atau titisan yang keluar dari saluran pernafasan, memerlukan rawatan serta penjagaan rapi.

“Virus mula agresif bila antibodi rendah dan lemah. Biasanya, ia tidak bertindak balas kepada antibiotik kecuali ada gabungan jangkitan virus dan bakteria,” kata doktor sukarelawan itu yang pernah mengikuti misi kemanusiaan di beberapa negara dunia ketiga dan membangun, termasuk Palestin dan Pakistan.

Dr Thiru berkata, antara simpton awal jangkitan Adenovirus ialah demam panas, batuk, cirit-birit dan hilang selera makan sebelum pesakit mengalami komplikasi penyakit yang lebih serius seperti masalah pernafasan teruk dan radang paru-paru.

Beberapa pengamal perubatan ketika dihubungi mengesahkan jangkitan virus itu jarang berlaku di negara ini.

Antara gejala-gejala yang ditunjukkan oleh jangkitan virus ini ialah :
Common Cold ( selesema, bersin )
Sakit Tekak
Bronkitis
Cirit-birit
Conjuctivitis
Demam

Oleh kerana kita semua sedang menghadapi musim hujan yang tak menentu, sama-samalah kita menjaga kesihatan masing. Dalam cuaca sebegini, simptom-simpton diatas boleh mengelirukan kita dengan jangkitan Adenovirus. Justeru berhati-hatilah. Sungguhpun nasihat Menteri Kesihatan supaya masyarakat awam tidak panik, amalan penjagaan kebersihan diri perlu dititkberatkan. Jangan sesuka hati bersin tanpa menutup hidung dan mulut. Virus mudah tersebar dari batuk dan bersin.

Oleh yg demikian...

1. Sentiasa lah menjaga kebersihan dan kesihatan diri anda.

2. Basuh tangan sebelum makan dan selepas keluar dari tandas.

3. Batuk dengan menutup mulut dengan sapu tangan atau pakai topeng mulut.

4. Pastikan pengudaraan yang baik di rumah atau di mana sahaja

5. Elakkan daripada mengunjungi tempat awam sekiranya tiada urusan penting.

6. Bagaimanapun, sekiranya anda mengalami symptom seperti di atas, segera ke hospital atau klinik kesihatan yang berdekatan.

Tuesday, April 5, 2011

L!Fe.....


"Every second that you live you are never going to get back. You are never going to get to change what you said, didn't say, did, or didn't do. Live how you want to live. Act how you want to be remembered, because you never know how long or short you are going to be here."

~Emily Doberstein~

Monday, April 4, 2011

t0ucHinG!!!

huhu.. xtw la npe ngn ak hari nie.. ase touching sgt3.. ase nk post je byk2 ap yg trsirat kat hati.. (mmmmm stndrd la kte mama bile nk mningkt dwase nie).. trlalu byk dugaan yg prlu ak lalui... hmmm.. mmpukah ak?? ak trase masih mentah utk lalui smua nie.. cmne pon, hdup msh prlu diteruskn.. hmmm hari nie ak nk kngsikan cite kwn ak nie..dye citer kt ak cmnie.. "bkn ak x mghargai dirinye.. tp ak reti nk tnjuk.. slh ak ke?? bkn ak xsygkan dia... tp ak xnk ckp slalu.. nnt xd specialnye da.. slh ak gak ke?? ak trlalu sygkan dirinye.. ak xksh pon dye cne.. cme just nk dye phm ap yg ak rse.. ktorg slalu slh fhm.. n dye, slalu mrhkan aku.. klu aku mrajuk, dye xpnh pujuk.. ak je kne pjuk dri sndri.. leceh tol.. tp, ak yakin dye syg ak je... ak xminta utk dye mnjdi org yg smpurna.. krna xde mnusia yg smpurna dlm dunia nie.. ckup la skdar memahami diri ni... (hmmm ssh jgk masalah dye nie.. cne ak nk tlg).. ak trlalu sygkn dye.. tp kdg2 prasaan jaat hasut utk ak tglkn dye.. ap yg ptt aku wat.. (adei, tnye ak la plk, ha nk tw ak jwb ap, jeng3...)


NIE DIA... ^,^

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.