Wednesday, April 6, 2011

aPa iTu aDeNoViruS ???

Adenovirus dikatakan sekumpulan virus yang berasal dari kelenjar Adenoid dalam kepala berdekatan rongga hidung yang berfungsi melindungi serangan penyakit, tetapi boleh menyebabkan jangkitan pada lapisan tisu saluran pernafasan, mata, usus dan saluran kencing.

Jangkitan Adenovirus biasanya menyebabkan penyakit membabitkan sistem pernafasan, namun ia juga boleh menyebabkan cirit birit, jangkitan selaput mata, jangkitan usus dan ruam serta masalah pernafasan akut (ARD).


Pengamal perubatan, Dr S Thiru, berkata Adenovirus yang tersebar melalui rembesan atau titisan yang keluar dari saluran pernafasan, memerlukan rawatan serta penjagaan rapi.

“Virus mula agresif bila antibodi rendah dan lemah. Biasanya, ia tidak bertindak balas kepada antibiotik kecuali ada gabungan jangkitan virus dan bakteria,” kata doktor sukarelawan itu yang pernah mengikuti misi kemanusiaan di beberapa negara dunia ketiga dan membangun, termasuk Palestin dan Pakistan.

Dr Thiru berkata, antara simpton awal jangkitan Adenovirus ialah demam panas, batuk, cirit-birit dan hilang selera makan sebelum pesakit mengalami komplikasi penyakit yang lebih serius seperti masalah pernafasan teruk dan radang paru-paru.

Beberapa pengamal perubatan ketika dihubungi mengesahkan jangkitan virus itu jarang berlaku di negara ini.

Antara gejala-gejala yang ditunjukkan oleh jangkitan virus ini ialah :
Common Cold ( selesema, bersin )
Sakit Tekak
Bronkitis
Cirit-birit
Conjuctivitis
Demam

Oleh kerana kita semua sedang menghadapi musim hujan yang tak menentu, sama-samalah kita menjaga kesihatan masing. Dalam cuaca sebegini, simptom-simpton diatas boleh mengelirukan kita dengan jangkitan Adenovirus. Justeru berhati-hatilah. Sungguhpun nasihat Menteri Kesihatan supaya masyarakat awam tidak panik, amalan penjagaan kebersihan diri perlu dititkberatkan. Jangan sesuka hati bersin tanpa menutup hidung dan mulut. Virus mudah tersebar dari batuk dan bersin.

Oleh yg demikian...

1. Sentiasa lah menjaga kebersihan dan kesihatan diri anda.

2. Basuh tangan sebelum makan dan selepas keluar dari tandas.

3. Batuk dengan menutup mulut dengan sapu tangan atau pakai topeng mulut.

4. Pastikan pengudaraan yang baik di rumah atau di mana sahaja

5. Elakkan daripada mengunjungi tempat awam sekiranya tiada urusan penting.

6. Bagaimanapun, sekiranya anda mengalami symptom seperti di atas, segera ke hospital atau klinik kesihatan yang berdekatan.

No comments:

Post a Comment