Friday, April 1, 2011

mUsT sEE

Air buatan Pepsi tidak selamat
(Berita Harian, Jumaat – 23 Julai 2004)

New Delhi (India) – Pusat Sains dan Alam Sekitar India (CSE) mendakwa minuman “Mauntain Dew’ keluaran syarikat gergasi minuman ringan Amerika Syarikat PepsiCo mengandungi kafein yang membahayakan kesihatan kanak-kanak, wanita hamil dan ibu yang menyusu badan. Dakwaan itu bagaimanapun disangkal syarikat gergasi berkenaan yang menegaskan kandungan “Mountain Dew” di India adalah sama seperti produk itu yang dijual di negara lain.




Susu daripada darah
(Berita Harian, Rabu – 21 Julai 2004)

Moscow (Russia) – Sekumpulan saintis Russia mendakwa berjaya menghasilkan pelbagai produk tenusu, termasuk susu dan kopi daripada darah yang rasanya menyamai makanan sebenar. Sumber darah diperoleh dari sebuah kilang pembungkusan daging yang mengeluarkan kira-kira tujuh tan darah sehari. Produk diperbuat daripada darah yang mengandungi protein unik dapat dihadam dua kali lebih cepat seperti telur.

No comments:

Post a Comment